Sunday, June 6, 2010

serunai

Serunai (erofon)



Pengenalan

Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang.

Fungsi

Serunai dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat.

Cara Bermain




Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

Kompang

Kompang



Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.


Veena

Veena



Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Sitar

Sitar



Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Nafiri




Nafiri
Pengenalan

Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.

Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.
Cara Bermain
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.

Wednesday, June 2, 2010

Gong

Gong

Pengenalan
Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya.
Fungsi
Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu.
Cara Bermain
Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.
Lain-lain Gambar

Gendang

Gendang

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Salah satu gendang yang digunakan dalam Gamelan

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.