Nakara | |
| Pengenalan | |
| Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang. | |
| Fungsi | |
| Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja. | |
| Cara Bermain | |
| Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu. |
Sunday, June 6, 2010
Nakara
Tetawak
Tetawak (idiofon)
PengenalanDibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
Fungsi

Tetawak digunakan dalam kebanyakan muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat, muzik mengiringi tarian dan sebagainya. Tetawak juga digunakan dalam pancaragam mengiringi tarian seperti Sumazau, Limbai, Tingkad-Tingkad Silat, persandingan dan lain-lain istiadat yang tertentu di Sabah.
Cara Bermain
Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.
Cara Bermain
Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.

Angklung
Angklung Pengenalan Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang?batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Fungsi Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.
Cara Bermain Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi. Lain-lain Gambar 



Angklung
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Yang Qin
Yang Qin(kordofon)

Pengenalan
Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.
Fungsi
Fungsi

Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.
Cara Bermain
Cara Bermain
Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dim
ainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.
ainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.Rebab
Rebab | ||||||||
| Pengenalan | ||||||||
| Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. | ||||||||
| Fungsi | ||||||||
| Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan. | ||||||||
| Cara Bermain | ||||||||
| Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th. | ||||||||
| Lain-lain Gambar | ||||||||
| ||||||||
Geduk
Geduk Pengenalan Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.
Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
Cara Bermain Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu. Lain-lain Gambar 



Geduk
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
sompoton
Sompoton (erofon)
Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun d
alam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Fungsi
alam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.
Cara Bermain
Cara Bermain

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Subscribe to:
Posts (Atom)







